Sunday, October 3, 2010

Baju Hitam Untuk Aidilfitri


sudah lama x menulis.....sudah lama melarikan diri dari kebiasaan ini untuk mengalihkan minda dari memikirkn kekusutan...semuanya kerana HIDUP TERLALU BERMAKNA UNTUK DIBIARKAN TANPA ERTI...

10 september 2010..

pagi yg sayu...ye.. satu pagi kembali dengan kemunculan matahari yang memancarkan cahaya tetapi diselubungi awam stratus yang tersebar luas dan menutupi langit secara merata..daun nyiru melambai2 lembut merenjiskn embum pagi ditiup angin sepoi2 bahasa..jalur2 cahaya berserakan di dada awam mengandungi tafsiran dan memori yg tersendiri pada setiap insan yg mendongak ke langit..mendongak kelangit dengan mengimbau kembali kenangan yg berserakan di
basal ganglia..myelencephalon yg mengawal pernafasan diaktifkn lalu menghembus asap nipis yg mengandungi saki baki nakotin rokok,lalu keluhan yg halus terluah kerana sesebuah kenangan.. keseimbangan kepala dialihkan lalu memandang bumi,puntung rokok dihempas dan dihenyak2kn dengan kaki..lalu pandangan dialihkan ke jalan yg lurus menghala ke masjid.. perlahan2 keseimbangan langkahan diaturkan cerebellum...


perlahan2 suara takbir mula berkumandang..berkumandang sayup2 di telinga..kesayuan menjelma..Allahuakbar..sesungguhnya Engkau maha besar mewujudkan perasaan ini..perasaan yg menginsafkan mengamit kenangan kelaraan hamba mu ini...kesayuan...di pagi raya..2010..

diimbaskan kembali...

aidilfitri 2009..2008..2007...

hari raya silih berganti dari masa ke masa..dari tahun ke tahun..tp?tiada kegembiraan yg terselit di sebalik senyuman yg menghiasi pagi raya..terlalu asing..terlalu sunyi di sebalik kemeriahan suasana yang indah..dan setiap langkahan hanya memusingkan kenangan lama yg tidak mungkin terjadi lagi..setiap suapan hidangan perayaan seolah-olah ada sesuatu yang tersangkut dalam kerongkong, akibatnya merasa lemas dan sesak dalam keadaan yang tidak menentu dengan halusinasi diri..org yg terdekat seolah2 terlalu jauh dan yg dah pergi semestinya x akan kembali..laungan takbir raya 2007,2008 n 2009 seolah-olah sunyi dan kelam seperti baju raya hitam yg dipakai selama 3 tahun...

aidilfitri 2010 kembali...

baju hitam kembali dipakai..baju hitam yg penuh kenangan seolah2 setia merintis masa..dan saat 10 september 2010 begitu berbeza dgn tahun sebelumnya walaupun baju HITAM ini menyulami tubuh..semuanya kembali...yang jauh dahulunya kembali bersama2 menyambut syawal yg telah lama sepi dalam kesunyian keadaan yang menjarakkan kita..ya kita... kita yg dilahirkan dari benih yg sama..

Laungan syawal terasa amat bermakna..bermakna..laungan syawal kali ini seolah menutupi segala kesuraman slama ini...kerana...kita kembali bersatu...dan baju HITAM ini??saksi rentetan aidilfitri mengikut peredaran masa,walaupun lama..tp sangat bermakna..(AL-FATIHAH ikhlas untuk papa Mat Ali bin Dollah & mama Siti Rohana)





11 september 2010..(hehehehehe)

kelahiran satu nyawa yang melengkapkan lagi ikatan persaudaraan..(setakat ni baru duo ore anok sedaro haha)

Damia Khadeejaah binti Mohd Basyier