Sunday, November 21, 2010

Di persimpangan dunia..Jauh mengembara keserata dunia mencari kedamaian.


Dunia..luas..ya.. dunia terlalu luas untuk setiap yang bernyawa menyusuri kehidupan bermula dari saat kelahiran sehingga saat kematian sebuah nyawa yang menggerakkan jasab..setiap kehidupan sering menterjemahkan pengertian dunia berlandaskan kehidupannya masing-masing sama ada nyata atau tidak nyata pada pandangan kehidupan yang lain......... Dan perjalanan menyusuri dunia seseorang sering kali membuat ia dipersimpangan dunia yang tidak nyata..termenung dipersimpangan dunia,persimpangan yang penuh tanda tanya....yang penuh dengan noktah hitam kehidupan yang fatamorgana....lalu terdiam...diam kerana terpukau antara maya yang membuatkan seseorang selalu bertanya...pertanyaan yang panjang untuk pengembaraan yang jauh mencari erti kedamaian....

Termenung panjang di persimpangan dunia tanpa kata..tanpa melihat keceriaan sepanjang masa kerana sesuatu peristiwa silam yang membataskan kemampuan untuk menghalau tembok duka..duka yang selalu meruncingkan luka!duka yang menzahirkan luka hampa dan percuma untuk sebuah pedoman yang dari pengalaman tidak ternilai..dipersimpangan dunia ini,ada kehidupan yang termenung memikirkan yang entah sampai bila harus lari dari bayangan keraguan dan ketakutan akan bayang-bayang kecelakaan dari silam..Kelamaan...di persimpangan dunia ini,seseorang terlalu lelah untuk terus termenung tentang silam menjadi pameran yang menyakitkan disebalik segala keangkuhan dunia...

Termenung yang panjang di persimpangan dunia ini membuatkan seseorang itu menjadi bosan..dan ingin bebas dari bayang-bayang suram yang selalu mengganggu dan menghantui setiap harinya..lalu bangkit dari tempat yang rapuh!usang! yang dilingkari kesuramanan dengan pengharapan yang baru.....untuk mengembara...keserataan dunia untuk mencari erti kedamaian.

Friday, November 12, 2010

12/11 untuk 2010

12.11.......

dua belas haribulan sebelas??...ada apakah dengan nombor itu?..sebenarnya no itulah adalah tarikh kelahiran aku hahahaha..lahirnya aku dalam keheningan subuh..namun, bukan perihal nombor yang menterjemahkan tarikh ini ingin dibicarakan kali ini. tetapi, suasana bila datangnya 12/11..

Mengenangkan semasa masih kanak2, tarikh ini dibiarkan berlalu seolah2 tiada apa-apa. sememangnya tiada apa2 keistimewaan pun tarikh ini. melainkan disaat aku dilahirkan,tarikh ini amat bermakna untuk orang tua aku..zaman kanak beranjakkan sehingga remaja. namun,setiap kali datangnya tarikh ini, pasti ia berlalu tanpa erti :-)..tiada apa yang perlu dibuat untuk meraikannya,kerana aku sendiri pun lupa haha...lupa?ya lupa kerana ia tidak mempunyai apa2 keistimewaan..bersederhana dengan keadaan hidup.

12/11/2010

setiap tahun 11/12 pasti dtg dan tetap sama...cuma yg berubahnya 2010. ya berubah,kerana sebelum ni 2009 n etc hahahahahahaha...tetapi 2010,tarikh 12/11 disambut berbeza dengan tahun sebelum ini..bukan bermakna aku sudah mengerti pengertian tarikh ini,tetapi sekadar ingin menghargai kawan-kawan yang sentiasa ada bersama2 disaat senang @ susah...sememangnya tarikh ini tiada erti yg bermakna melainkan ia tercatat dlm IC & surat beranak, tetapi yang bermakna adalah perhargaan terhadap kawan-kawan..

errr tiada idea la nk tulis ape..


come dok kek ambo?hahaha


syeikh razlan membaca doa selamat


((thanks to all my family))
terima kasih pada sahabat - ridhuan,farhan,nasa,razlan,azuwa,wandy,ikram n aiman
&
trimo kasih banyok pado abee lee (DJ radio The Red Warriors FM) kerana membuat liputan pasal mybirthday serta membaca warkah ambo kepada The Red Warriors.
TQ semuooooo..peace!!
gomo kelate gomo
hahahaha

Sunday, November 7, 2010

SON GOKU ADALAH GURUku

"Ok ya murid-murid!keluarkan 1 buku kosong dan tulis nama serta nama kelas anda,buku ni dikhaskan hanya untuk matapelajar bahasa melayu saje ok!!" hehehe...kata cikgu Sabariah Hassan.guru kelas 5 Tekun..aku pun apa lagi,terus keluarkan sebuah buku tulis yang masih kosong dan sebatang pensil..menoleh ke kanan,kelihatan kawan2 tekun menulis..menoleh ke kiri,keadaannya tetap sama.kawan2 tekun menulis nama diatas buku masing-masing...tp aku?...............hehehehehe wakkkk luuu!apa yg aku nk tulis nih!

selepas 10 minit

Ok ya murid2!letak buku anda semua diatas meja!saya nak periksa nama2 kamu semua smbil cuba mengenali kamu semua"!!...cikgu Sabariah memeriksa buku setiap student 5 tekun satu persatu..dan bila sampai giliran aku??? heeeeeeeeeee...."Nama kamu ***** ke?"tanya cikgu.."ya cikgu!nama sy *****"..jawab aku (maso nih kenalin wehhh sero,raso kecik jah dunio haha).."Kenapa kamu tulis nama kamu kt ruangan nama kelas??dan nama kelas dekat ruangan nama?!!"..kelihatan kawan2 sekelas melihat aku sambil tersengih-sengih macam kambing makan aiskrim.ada juga yg ketawa mcm peguin mengandung.Riuh satu kelas..

"mintak maaf cikgu..sy tertukarlah ni"..."betul ke awak tertukar???"tanya cikgu..hahaha (ahhhh sudohhhh,malu wehhh sero nok ngaku!')....."Sebenarnya cikgu sy ni x pandai membaca!" pengakuan ikhlas aku dengan muka selamba..pengakuan yang tidak boleh aku lupakan pada tahun 1996.........kahkahkahakahkahakah!!kelas sekali lagi riuh dengan gelagat rakan kelas yang ketawakan aku...(alosssss laaaa weiii!malu ko orang!sero nok terjun bangunan pun ado maso tuh).....cikgu pun berkata lg, "sy tidak sangka awk x pandai membaca.hehe nampak muka ngn perwatakan tu ok je"....malu.....umur 11 tahun tp masih tidak pandai membaca....

mulai haritu apa yang dibuat macam ada je yang x kena,rasa dunia terlalu sempit."BODOH"..perkataan itulah selalu ditujukan daripada masyarakat skeliling tak kira dimana aku berada,dalam kelas atau padang bola sama je keadaanya..seolah2 "BODOH" tu amat senonim dengan aku..moraldown...tapi???? haa ini lah aku nk cerita, siapa sebenarnya Cikgu bahasa aku..cikgu yg mengajar aku dlm senyap tnpa siapa pun tahu!!!!hahahaha

SON GOKU!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!ya inilah watak yang mengajar aku membaca...permulaannya begini..pada 1 hari abgku membeli sebuah kamik Dragon Ball episod 1o..Buku keramat tu seolah2 hebat sehinggakan abg aku kelihatan teruja bila membacanya..tp aku?tidak tahu apa2 dengan sekadar melihat aksi-aksi watak tanpa mengetahui dialog yang diterjemahkan oleh kartunis Akira Toriyama dari jepun itu.bila ditanya,abg hanya menjawab "baca sendiri!!!"..huuhuhhu..maka bermula daripada sekadar memerhati karikatur lukisan2 dlm buku tersebut,aku mula mengeja setiap patah perkataan yang berunsurkan dialog dlm komik tu..lama tu nk habiskan komik setebal 117 muka surat..dari hari ke hari,dari bilik tido ke meja makan.malah dari rumah ke sekolah aku bawa kOmik tersebut..(jange tak cayo deh!ni crito realiti!)

segala jurus-jurus keperwiraan watak Son Goku dalam komik tu seolah2 mengaktifkan otak dengan imaginasi di alam komik yang membawa semangat yang baru kepada aku yang berada di alam realiti..di alam Komik Son Goku berlatih bersungguh2 hikmat keperkasaan untuk menewaskan musuh,manakala aku yang berada dialam realiti membaca bersungguh2 untuk menghadapi putaran alam yg sememang sentiasa menguji manusia..tahun 2002..Akhirnya,pada episod 32 (last chapter) watak Son Goku dianggap hero dunia dengan mengalahkan semua musuh2 dunia di alam Komik, manakala aku seolah2 dianggap hero untuk diri sendiri kerana selamat menduduki SPM exam....2010..watak Son Goku tiada lagi ditelan zaman setelah dianggap hero dunia di alam komik..dan aku adalah seorang Mahasiswa..seorang yg sentiasa mengangap Son Goku adalah hero.hihihihihi



hahhaahahahahhahaha oiiiiiiiii SON GOKU!!!! YOU ARE MY HERO!!!!!
hope u always happy with u family.
jangan lupa kirim salam kat Son Gohan, Son Goten dan juga isteri kamu cici ya!!!

tips untuk mengaktifkan minda anak2 untuk membaca
(mengikut apa yg aku rasa k)

sentiasa pastikan anak anda gosok gigi!jika x gosok gigi,maka mulut akan berbau semasa membaca..boleh menyebabkan anak2 hilang minat untuk membaca.huhu

jika lelaki.cepat2 lah sunatkan anak anda.anak2 akan rasa lebih matang n berasa malu jika tidak pandai membaca.hihi

ok serius..
sentiasa membangkit semangat anak2 anda dengan cabaran yg membina serta mewujudkan suasana yang menarik berdasarkan kecenderungan minat kanak tersebut..contohnya KOmik :-) (tapi kena bersedia dengan risikonya..kanak2 tersebut berkemungkinan ketagihan membaca komik hahaha,maka bertimbun2lah komik dibawah katil anak anda dan berkemungkinan suka berimaginasi seperti kartun..aku ler tuu)

wujudkan perbandingan yg sihat dengan kanak2 lain.(jika perlu)
&
jangan sesekali menjanjikan imbuhan yang tidak sepatutnya kerana ia akan mewujudkan kemanjaan yg boleh melambatkan kematangan anak2..dan akhirnya terbawa2 sehingga dewasa,maka mewujudkan seorang yg lemah dlm menangani kesulitan hidup.



Saturday, November 6, 2010

THE RED WARRIORS



30.10.2010
Hari yang bersejarah bagi peminat bola sepak Negeri kelantan!!

guano bakpo tu?haha kelate mene piala malaysia tahun ni la...kelantan..sebuah negeri di sebelah pantai timur semenanjung malaysia yang mencetus fenomena baru dalam arena bola sepak tempatan....kenapa?..2007 adalah tahun permulaan bagi kebangkitan baru semangat bola sepak Kelantan di kalangan rakyat kelantan selepas penjenamaan semula skuad dilakukan dengan menggunakan THE RED WARRIORS sebagai nama samaran.
"WE ARE THE RED WARRIORS" dilaungkan dengan penuh semangat kecintaan negeri oleh para peminat fanatik bola sepak Kelantan yang mencetuskan keinginan membara melihat kemenangan oleh pasukan tercinta. Maka berduyung-duyunglah penyokong memenuhi setiap penjuru stadium muhammad ke iv setiap kali perlawanan yang melibatkan The Red Warriors..Para pemilik restoran serta premis perniagaan juga tidak ketinggalan memperlihatkan semangat The red Warriors mereka dengan menghiasi premis dengan bendera atau sesuatu yg melambangkan kecintaan meraka terhadap THE RED WARRIORS..bermula dari Kota Bharu,revolusi ini kian merebak di setiap daerah di dalam negeri kelantan..bukan itu sahaja,revolusi The Red Warriors kian berkembang di setiap genap ruangan dunia yang didiami oleh rakyat Kelantan yang sememangnya dikenali sebagai masyarakat yang mempunyai semangat kenegerian yang tinggi..ya,semangat persaudaraan yang tinggi (terpulanglah kepada si pemikir untuk menafikan atau tidak kenyataan ini..konklusi terhadap apa yang anda fikir bergantung kepada niat atau perasaan terhadap org kelantan..suka atau tidak hee)

Revolusi yang mencetuskan Fenomena ini melonjakkan mutu sukan bola sepak kelantan sehingga disenaraikan sebagai pasukan pilihan oleh media-media tempatan yang menggelarkan sebagai gergasi pantai timur.setiap perlawanan yang melibatkan The Red Warriors walau dimana sahaja pasti akan mengundang ribuan penyokong TRW untuk memberi sokongan kepada pasukan yang dicintai..membangkit! membakar! semangat juang para pemain dengan laungan-laungan yang bukan hanya mengetarkan jiwa pemain,tetapi jiwa-jiwa Kelantan yang selama ini lesu untuk sama-sama menyokong TRW.."Together we go more"!




Dan..Akhirnya..2010..The Red Warriors telah membuktikan..WE ARE THE CHAMPION!!!Piala Malaysia milik TRW..Milik rakyat Kelanta!!!



Adakah kemenangan ini kekal milik kita?ada kemenangan kita berterusan?..inilah persoalan yang cukup senang untuk kita fikirkan TRW....'GOMO KELATE GOMO'..inilah kunci jawapan terhadap persoalan itu,andaikan masa hadapan laungan ini terus membara dilaungan oleh TRW,Insyall Allah..kemenangan seperti ini akan terus dirintis dalam pencarian yang penuh pengharapan..andaikan laungan 'GOMO KELATE GOMO' kian suram dari hari ke hari,bulan ke bulan dan tahun ke tahun..pasti pengharapan dalam pencarian kemenangan seperti hari ini kian pudar dalam harapan TRW..teruskanlah TRW!!! Together We Go More!!

TRW (Fans)

Tahniah!!kito mene tahun nih..gapo2 pun sek kito jange pecoh.kito bako ore berani..tp untuk apo?untuk gapo kito laung2 kito bako ore berani..tanpa kito tahu gapo sebenarnyo erti berani?..berani timbuk ore ko?berani lempar botol air dale stadium ko??berani bakar krusi?berani ko staro tu?..fikirlah,pasti ado hok menyenangke kalu niat kito kearoh positif dale konteks kemasyarakatan..yo meme,saloh satu sebab kito boleh pege piala malaysia tahun nih sebab kito bersatu.tapi andai kito saloh menafsirkan erti keberanian kito,keberanian ni make diri kito balik.mako bersatunya kito atas dasar kenegerian ake disaloh tafsir oleh masyarakat lain..beranilah terhadap sesuatu kebenaran...jagolah imej dan peradaban hok selamo nih ore tuo kito jago.
Biarlah setiap gapo hok ore pikir tentang kito sama ado baik atau buruk,pero lah berani kito untuk kebenaran.andai ado ore hok deki kejayaan kito,biarkan saja.satu maso,mereko ake jemu dan tiru kejayaan hok kito kecapi.kato ore,cemburu tapi cemburu sihat.hehe ko guano? maka denge tu,tenangkanlah diri kito,lapangkan lah hati kito..gapo hok kito tahu dale perjuangan nih adolah drama semato-mato dan ia menguji sejauh mano keimane kito dale persediaan kito menghadapi roda kehidupe nih..Insyall Allah semuanya baik-baik sahaja..from "GOMO KELATE GOMO" to "TOGETHER WE GO MORE" and "WE ARE THE CHAMPION"...peaceeeee!!!