Friday, August 6, 2010

alunan sebuah konklusi gadis bertudung putih

"kehidupan...ya memang sukar untuk di jelaskan suffian".."ia berbeda mengikut pekertian yg kamu fikirkan dengan apa yg kamu lalui dengan apa org lalui".."saya jugak pernah alaminya situasi kamu masa muda muda2 dulu di seberang,memang susah nk dijelaskan kerna apa yg kita fikirkan x sama dengan apa yg kita cuba jelaskan dan org cuba gambarkn ttg kita, dan pengakhirannya sia-sia".."ini semua bayangan..fatamorgana kehidupan manusia"..terngiang2 kata seorang doktor dari seberang(indonesia)semasa otw ke KL..ini semua bayangan??fatamorgana?..hurm adakah gadis bertudung putih yg menghantui ketenangan selama ini hanyalah bayangan?fatamorgana?..hurmm terlalu berat utk ditafsirkan..yg mampu hanyalah menyingkapkn sekali lg sebuah kisah yg sukar difahami..ya.sekali lg dan yang terakhir kerana semuanya sudah berakhir..

disingkatkan sebuah kisah yg panjang yg penuh dengan keseronokan sementara yg memberi ketenangan yang kosong bila digambarkan sekarang.1 masa yg dulu,seseorang yg hidup yg berlandaskan kesuraman silam ditakdirkan sebuah pertemuan yg mengasyikkn dengan gadis yang bertudung putih di dalam ruang experimentasi persekitaran yang berkaitan manusia..sebuah ruang yang menyingkapkan segala kekotoran yg diterjemahkan oleh manusia terhadap nikmat air & alam sekitar..ruangan makmal persekitaran..ya..itulah tempatnya..dalam ruangan yang sempit itu seseorang mencuba untuk mengolah sebuah pandangan menjadi bicara bersama gadis bertudung putih itu..pertanyaan berunsurkan kajian n projek didahuluikan dengan keyakinan d sebalik wajah yg tegang disambut dengan senyuman yang mulus & mengasyikkan dari gadis bertudung putih.petah jawabnya hanya disambut renungan mata seseorang itu tnpa cuba memahami dan mentafsirkan apa yg disampaikan berbentuk jawapan oleh gadis bertudung putih itu,ya hanya renungan mata terhadap gadis bertudung putih..mengasyikkan...ya gadis bertudung putih itu mengasyikkan seseorang yg sedang lena dlm bayangan silam..

disingkatkan lg pertemuan yg ditakdirkan itu menjadi lbh serius. ya lebih mendalami dlm memahami intipati 2 kehidupan antara silam dan masa yg dilalui bersama..."hanya bayangan suffian"skali lg terngiang kata2 doktor itu semasa seseorang itu menulis ttg ini..perjelasan ttg ini sudah tersurat di ruangan angan-angan dan ketetapan yg nyata dan kebangkitan dalam perubahan untuk perjanjian yg berisiko di bawah..segala kesulitan n permasalah ttg perhubungan ini sudah disuratkan dibawah..maka pengakhiran yg akan disurat ini tidak akan menyingkapkan kembali..kerana itu mengganggu ketenangan yg nipis seseorang yg menulis ini....ya cukup nipis yg boleh menjerihkan daya pemikiran kearah mengherdikkan sebuah kejahatan dlm alunan kesedihan yg kian pudar..

segala kesulitan kian berpanjangan dan memaksa gadis bertudung putih itu mengalunkan sebuah konklusi yg celaru..ya celaru yang membuatkan seseorang itu kecelaruan dlm merentangi kehidupan seharian tanpa kewarasan yg sempurna..konklusi yg sukar utk ditafsirkan seseorang itu dalam menyelami keinginan sebenar ttg perhubungan ini oleh gadis bertudung putih..kecelaruan ini membuatkan seseorang itu membuat kesimpulan yg salah..kesalahan yg dilahirkan oleh kewarasan yg tidak sempurna & pengaruh sampingan perangsang tido yg membuatkan seseorang itu melakarkan sebuah harapan palsu utk dirinya..ya harapan itu..harapan yg sentiasa menyakinkan diri seseorang itu yg dlm dilema ttg konklusi yg dlm percaturan gadis bertudung putih untuk terus bersama..terus bersama?..ya itulah harapan palsu yg seseorang itu..

"makcik,klau makcik d depan sy skrg..sy akan sujud kaki makcik..sy bersalah.sy mencalar maruah mokcik sebagai ibu.semua ni sebab sy.makcik jgnlah marah dia dgn apa yg berlaku cz smua ni bermula dgn sy""wlau sy dh xde ibu,tp sy tau perasaan seorang ibu makcik""sy janji ngan makcik,sy xkan ganggu dia lg klau tu yg dia nk"..sebuah lg perjanjian diantara seseorang itu dgn ibu gadis bertudung putih itu.perjanjian yg nekad.perjanjian itu terus d pegang sbagai seorang lelaki dan penghormatan terhadap seorang ibu.."makcik x marah an..jgn salahkan diri n buat sesuatu yg merugikan masa depan..anggap ni takdir n terima sbagai takdir Allah""mgkin suatu hari nanti ada yg lebih baik utk an""pasal dia tu,biarlah dia klau itu jodoh dia".hanya suara seorang ibu kepada gadis bertudung putih yg didengari n seseorang itu cuba menggambarkan wajah disebalik suara..n gambaran yg cuba dilingkari sebalik suara tidak dapat diterjemahkan cz seseorang itu tidak pernah melihat seorang ibu yg bersedih kerana jodoh anaknya..talian suara yg terjadi diantara seseorang itu dgn ibu gadis bertudung putih ini adalah disebabkan sesuatu kesulitan yg hampir memaksa sebuah perhubungan yang bakal diakhiri sebuah perkahwinan gadis bertudung putih dan memorynya hampir berkecai..dan menyinarkan harapan palsu seseorng itu.tp semua harapan ini sememangnya ditakdirkan sebuah kepalsuan yg memakan diri seseorang itu.

satu masa,kesihatan seseorang kian menjalarkan kesakitan disebalik aliran darah yg mengandungi sesuatu yg sukar utk dihuraikan...dan denggi sebagai alasan utk semua pertanyaan ttg kesihatan seseorang itu..kesakitan itu memaksa seseorang itu berada di hospital..keseorang..kesakitan..merenung silam yg pudar...
saat berdetik bersama dgn debaran d suatu petang cz seseorang yg dikenali akn dtg..dan gadis bertudung putih bersamanya..maka skali lg perjumpaan seseorang itu dgn gadis bertudung putih tetapi dlm situasi yg berbeza diantara ruangan experimentasi(perjumpaan pertama) dengan ruangan rawatan.."ini semua bayangan suffian"doktor..ya suara itu terngiang lg semasa menulis d baris ini..

disingkatkan lg sebuah kenangan ini.pada 1 malam..selepas dikeluarkan dari ruangan rawatan.pertemuan yg dirancang berlaku dan sesungguhnya seseorang itu hanyalah untuk mengetahui apa yg ingin d sampaikan gadis bertudung putih itu.."an,e.. akn kahwin 3 hari lg..mak desak kahwin awal kesan dari kesulitan yg memaksa perkahwinan yg dirancang aidilfitri nanti hampir x jadi""maafkan e.. cz uat a gini"......................................................................................................................................................................................................................."ni semua bayangan suffian""fatamorgana kehidupan manusia"...........

gadis bertudung putih..sudah tiada lg utk seseorng itu..tiada dibawa memory lamanya...pergilah gadisku..sesungguhnya aku sayang pada mu sebagai sesama manusia,hanya doa kebahagiaan untuk gadis bertudung putih sebagai tanda sayang sesama manusia..andai 1 hari seseorang itu terjumpa gadis bertudung putih itu...itu hanyalah bayangan untuk aku..hanyalah fatamorgana kehidupan aku..dan aku?adalah seseorang itu...dan gadis bertudung putih itu adalah bayanganku.....

No comments:

Post a Comment