Wednesday, December 1, 2010

Nilai 10sen di garis kehidupan


1.12.2010..

8.30 pm

Permulaan bagi penghujung bulan untuk 2010..bermula dari kesedaran lelapan mata yang membisukan sementara minda untuk suasana dunia yang nyata.mata yg terpejam d dibuka untuk kitaran kehidupan seperti hari2 yg lalu tetapi dalam suasana yang berbeza dengan hari2 yg lain.kitaran hidup yg terlalu luas untuk diterjemahkan.
matahari terus beredar mengikut paksi yg benar menuju ke barat perlahan2,cahaya yg terpancar dari langit kian kabur untuk sebuah permulaan malam.lalu mengikut orbit bulan kelihatan bergerak perlahan2 menyambung cahaya matahari dlm samar2 kegelapan..kitaran dunia yg indah dari yg Maha Berkuasa untuk manusia di bumi..alhamdulillah.

Seseorang termenung di pinggir jalan berhampiran Tol Air hitam mencari kedamaian yg sementara untuk mengolah sebuah semangat untuk kehidupan seterusnya..bersama teman untuk membincangkan sesuatu yg tersirat disebalik persahabatan yg dilalui dengan tenang........mencari erti yg terselindung disebalik kehidupan bersama di bumi yang jauh dari kg halaman..

Seketika datang sebuah kereta mewah di pinggir jalan tersebut perlahan2. seorang insan keluar dari kereta tersebut dengan berjalan kekalutan seolah-olah ingin menyelesaikan hajat yang tertangguh..Insan tersebut terus berjalan melintasi seseorang dan teman dengan menyeluk poket seolah2 mencari sesuatu,tiba2 sekeping duit syiling jatuh dari genggamannya ke atas jalan lalu bergolek secara tidak stabil dan syiling itu berhenti di depan seseorang itu...terdiam....syiling yg berharga 10 sen ringgit malaysia...

Insan tersebut memandang seketika dengan makna yang sukar difahami lalu meneruskan langkahnya kearah distinasi yg tidak diketahui..Seseorang itu terus memerhati sekeping duit syiling tersebut yg berada berhampiran dengan kakinya..Mencari erti nilai 10sen untuk garis kehidupan..Pemerhatian itu perlahan2 membawa fikiran seseorang itu kepada peristiwa yg baru sahaja dilalui..

(Diimbaskan kembali)
5.00pm

Seseorang itu bersama temannya pergi ke pasar malam Taman Universiti Parit Raja mencari makanan untuk santapan menghilangkan lapar dan dahaga.di dalam keramaian dia berjalan mencari gerai yg sesuai untuk membeli makanan...nasi kerabu..ketika melangkah merentasi manusia yg seolah-olah terlalu asing,seseorang itu terpandang seorang insan yg kelihatan terlalu daif dlm meneruskan kehidupan..bersila...bersila diatas jalan tanpa alas..tanpa sebelah kaki dan mengangkat tangan menadah simpati...menadah simpati untuk sejumlah nilai RM untuk meneruskan kehidupan..

Seseorang itu memerhati seketika lalu mendampingi insan yg daif itu..dikeluarkan beberapa syiling tanpa mengira nilai yg tepat lalu meletakkn syiling tersebut ditelapak tangan yang menadah..memerhati mata yg sayu insan tersebut lalu melangkah pergi tanpa menghiraukan persekitaran yg terlalu sesak..Insyal Allah pemberian itu ikhlas pada yang memerlukan...semoga pemberian yg tidak seberapa nilainya itu membolehkan insan yg kedaifan itu meneruskan kehidupan.

Tetapi apakah pengertian syiling 10sen yg masih terdampar di kaki seseorang itu di pinggir jalan?apakah insan yg mewah itu memikirkan seseorang itu memerlukan nilai 10sen itu untuk meneruskan kehidupan?sepertimana seseorang itu memikirkan insan yg daif tadi memerlukan beberapa nilai syiling untuk kehidupannya..syiling 10sen yg terdampar itu diperhati lalu diambil..digenggam..lalu melangkah menyusuri gelap malam meninggalkan pinggir jalan itu..

Redup mata sambil melangkah.10sen digenggam dan terus memikirkan apa yg patut dibuat dengan nilai 10sen ini..sejumlah nilai kecil yg mampu membuatkan berjuta manusia berfikir tentangnya..Sejumlah nilai 10sen di garis kehidupanku dariMU,sejumlah besar ungkapan syukurku untuk sebentang luas kurniaanMu.Sebuah tanda syukur bagi Ya Allah Tuhanku atas kurniaan rezeki,keluargaku dan sahabatku..........................lebih baik tidur dengan lapar dari bangun dengan banyak hutang..






4 comments:

  1. betapa hanya segelintir sahaja manusia yang masih utuh pemikirannya terhadap penderitaan orang lain. Dunia hari ini semakin kejam...lantaran kesibukan mengejar harta...menghitung kekayaan...mengejar pangkat dan kuasa..lantas hati yang jitu bertukar menjadi hati batu...segalanya umpama satu sandiwara kehidupan semata2..Hebat sekali ulasan ali..nilai 10 sen..Wa caya sam lu....abe lee.

    ReplyDelete
  2. wa respect sama lu abe lee..semangat demo tinggi.

    ReplyDelete
  3. nice ye......semoga kita melalui kehidupan kita dengan aman dijalan yg diredhaiNYA

    ReplyDelete